Saturday, July 26, 2008
PAGI DI JORDAN
jam menunjukkan 4.30pg di JORDAN. suasana yg gelap gelita di tambah dengan tiupan angin kipas yg tidak kurang kelajuannya hampir mencecah 100km sejam membuatkan bulu2 roma ku berdiri tegak ibarat terkena kejutan tiang elektrik depan imarah (bangunan) yg aku duduk skrg.. ntah apa ntah, semuanya mmbuatkan aku berasa n terasa boring n keboringan utk menunggu panggilan @ BUZZ melalui talian YM yabg aku buka sudah mencecah 4jam lamanya.. tungggu dan terus menunggu janji yg hanya tinggal janji disertai dengan kata2 berbau manis2 buah syammam (tembikai susu).. wkakakakaka... keboringan yg melampau2...
MALAYSIA KINI....!!!
undang-undang tanpa perlaksanaan umpama sebatang sungai yang tiada air yang mengalir dalamnya... kering kontang dan tidak berguna.... apa guna undang-undang yang cantik atas kertas tapi tiada pelaksanaan... mungkin kita patut salahkan diri kerana tidak jalankan tanggungjawab yg sepatutnya yang diamanahkan... fikirlah apa yang kita patut jawab nanti semasa bila kita dibangkitkan... Allah tentu akan tanya apa yang kita sudah lakukan semasa hayat kita di bumi? apa yang patut kita jawab??
fikirkanlah...
fikirkanlah...
BUKAN SILAT & BUKAN KARATE...
setelah aku b'usaha n terus b'usaha mencari alternatif ilmu2 mempertahankan diri bg budak2 pmpuan.. br skrg aku jumpa doa yang khusus bagi kaum korang samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara
selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah n yg sewaktu dengannya..artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Has
sukacita aku maklumkan n utarakan utk korang satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, aku sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga doa ni korang dpt hafal n amalkan oleh semua kaum2 hawa yg aku kenal mahu yg aku x kenal. hehehe... Cuma korang jangan lupa plak doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh korang semua, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat korang. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti dgn yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal korang..
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanj..., bersolek canggih seperti artis korang mimat yg ada skrg..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga n mempertahankan diri korang. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

Wednesday, July 23, 2008
TUAN RUMAH YG TDK BERDISIPLIN
assalmualaikuM..
malam ne sepErti biasa aku xkan ble melelapkan mata untuk menikmati keindahan tidur dikala malam bulan mengambang. cemburu, iri hati, dengki melihat rakan2 ku tidur lena di buai mimpi2 seram membuatkan aku semangat tuk mengisi blog yg xda pa2 ne. erm.. al kisah bermula.. semalam tuan rumah teMpat aku tinggal datang berjumpa ngn aku.. dengan selambernya dia pun mengatur ayat2 arabnya yg xseberapa aku paham.. dengan sepontan jgk dia gtau aku di denda 15 dinar jordan atas alasan aku membazir air kononnya.. m'dengar berita yg sedemikan rupa.. membuatkan hati ku terconnect tanpa segan silu. lalu aku melihat beg duit yg ku miliki yg hanya berisi 10 dinar jordan shj. niat di hati tu mbayar denda tersebut tergendala utk sementara waktu..

Friday, July 18, 2008
HARI INI BUKAN SEMALAM
" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja. tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan n bilik air ku agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "
JANGAN PISAHKAN KAMI!!!!!
Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada...
Segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku.
Aku jadi gelisah, sejak dua hari lalu, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu.
Wang? Cukup, malah lebih daripada mencukupi. walaupun sebenarnya TIDAK
Lapar? kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu. walaupun hakikatnya TIDAK
Sakit? Aku masih bisa berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain.
Teman? Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, ibu bapa yang memberi dorongan padaku.
Lantas apa?
Aku ini kehilangan apa dalam hidupku? Aku jadi penasaran terus!!! Suatu hari aku terpandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku. Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya, malu kerana aku mengabaikannya, malu kerana aku tidak menyentuhnya, membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.
Lalu aku beranikan diri, aku menyentuhnya, tiba-tiba, hati jadi sayu, jiwa jadi terharu, fikiranku keliru, saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah, lantas ia kucium, kutatap wajahnya, dia seakan tersenyum padaku, aku hiba, luluh jiwaku, rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit, kami saling berhadapan, aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah, dia seolah mendengar, Tuhan pun mendengar sama, seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, setiap yang hidup pasti akan mati, saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku, siapa aku sebenarnya, tambahnya, kata tuhan, tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKu.
Aku teringat sesuatu, aku pernah mendengar itu, suatu masa dahulu, iya, dia pernah mengatakan itu juga. Aku tatap ia lagi, masih tidak puas. Ah rupanya ada sesuatu antara kami, ada rindu yang tak berkesudahan, ada cinta yang tak terungkap, ada bicara seribu makna, ada kasih yang masih tak terucap, terus aku koreksi hati.....
Ini yang aku cari...
Sebuah cinta tinggalan kekasih hati, sebuah kitab yang tersimpan lama, milik Tuhan untuk insan. Beribu bicara tuhan masih tersimpan, selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara. Ah hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. Tuhan, jangan pisahkan kami!!!
Jangan biarkan aku merana begini, hati, baliklah padanya, walau sesibuk mana. Ia masih di situ. Menantimu. Sampai tiba waktumu..

Wednesday, July 9, 2008
~TENSION~
ya.. semakin tertekan dengan study..
semakin susah..
semakin ketinggalan..
semakin terkejar2..
semakin tak paham..
s
emakin menjadi manusia paling bodoh dalam kelas..

~SUMMER~
summer sem yg penuh dgn dugaan yg melimpah ruah. jadual stdy yg ntah apa ntah. semuanya buat aku pening. dgn cuaca yg hampir mencecah 45 darjah di tambah dengan hiasan PADANG PASIR bt aku xtahan tuk lalui liku2 hidup SUMMER sem.. huh.. 1 bulan 15 hari.. akan aku tempuhi.. lepak di dapur umah menahan kesedihan terkenangkan kawan2 sepengajian yg da balik mALAYSIA.. HAH.......... semuanya bt aku x sabar tuk habiskan hidup SUMMER di jordan...
"NAKBAH" BERMULA ERA REJIM YAHUDI
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.
Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.
Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.
Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.
Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.
Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).
Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.
Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.
Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.
Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.
Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.
Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.
Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.
Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.
Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).
Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).
Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.
Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.
Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.
Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).
Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.
Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)
Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.
Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.
Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?
Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.
Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

Subscribe to:
Posts (Atom)